HARI RAYA AIDIL ADHA

Tidak Lama Lagi

Hari
Jam
Minit
Saat

ZAHIRKAN KESYUKURAN KITA DENGAN MELAKSANAKAN

IBADAH QURBAN KERANA ALLAH

" Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka"

(Surah Al-Haj : 34)

PENDAFTARAN DIBUKA

Untuk Aidil Adha 2023/1444h

Tarikh Akhir : 29 Jun 2023 | 12:00 a.m

Tempoh Akhir Pendaftaran Akan Ditutup

Hari
Jam
Minit
Saat

Semarakkan semangat berqurban anda.

Saban tahun, Qurbani mempermudahkan pelaksanaan ibadah qurban anda dengan perkhidmatan yang pantas dan telus.

Istimewa untuk tahun 2023, ketahui pelbagai tawaran menarik kami untuk membantu anda menyemarakkan semangat untuk berqurban kerana Allah, disamping membantu saudara muslim fakir di negara-negara yang dalam kesusahan.

pentingnya ibadah Qurban PADA KITA

Sunat Muakkad Yang Selalu Diabaikan Oleh Orang Islam

"Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berQurban, akan tetapi dia tidak mahu berQurban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (Masjid)" - HR. Ahmad 8273, Ibnu Majah 3123, dan sanad hadith dihasankan oleh Al-Hafiz Abu Thohir.

IBADAH SUNNAH YANG SANGAT DITUNTUT

Hukum melaksanakan Ibadah Qurban adalah Sunat Mu'akkad; iaitu sunat yang sangat dituntut untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Tuntutan melakukan ibadah Qurban sangatlah banyak sehinggakan ada sebahagian Ulama' menyatakan hukumnya adalah wajib.

Negara Perlaksanaan Qurbani

Qurbani menjalankan ibadah Qurban di 6 Buah negara islam yang memerlukan

Arab Saudi

Bangladesh

Indonesia

Kemboja

Guinea Conakry

Sierra Leone

Kenapa Anda Perlu Memilih Qurbani

Perlaksanaan Di 6 Buah Negara Islam

Dilaksanakan di 6 Buah Negara Islam oleh pegawai yang dilantik khas untuk mengendali ibadah qurban serta pengagihan kepada mereka yang layak

Harga Ekonomi & Mampu Milik

Dengan hanya RM300 setiap bahagian, kini semua orang mampu untuk menjalani ibadah Qurban ini dan mampu untuk bantu mereka yang memerlukan.

Sistem Integrasi Pengurusan Terkini

Setiap peserta akan menerima notifikasi terkini, sijil dan bukti perlkasanaan serta pelbagai tawaran yang menarik melalui sistem yang kami tawarkan.

Pegawai Khas Untuk Setiap Pelanggan

Setiap peserta akan diuruskan oleh pegawai-pegawai khusus yang kami tugaskan untuk membantu serta kemaskini info terbaru sepanjang tempoh Qurban.

QURBAN ANDA MAMPU MEMBANTU MEREKA

Jom sama-sama kita bantu mereka merasai kenikmatan sepotong daging yang telah kita rasakan setiap hari.

APA KATA MEREKA TENTANG QURBANI

Kami Juga Nak Berikan Kepada Setiap Peserta

CENDERAHATI EDISI KHAS UNTUK TAHUN 2023

Tawaran tambah nilai untuk setiap tempahan dalam satu pendaftaran, istimewa buat anda!

JANGAN BERLENGAH LAGI SEBELUM MASA TEMPAHAN TAMAT

Tempoh Akhir Pendaftaran Akan Ditutup

Hari
Jam
Minit
Saat

PAKEJ QURBAN YANG KAMI TAWARKAN

Anda boleh memilih pakej yang anda berminat untuk menjalankan ibadah Qurban di bawah.

Pakej 1~2 Bahagian

BERMULA DARI

RM300.00

Pakej 3~4 Bahagian

BERMULA DARI

RM900.00

Pakej 5~7 Bahagian

BERMULA DARI

RM1,500.00

TESTIMONI PARA PELANGGAN QURBANI

TERMA & SYARAT DARI QURBANI

1. * Penghantaran percuma untuk kawasan didalam Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak sahaja.
2. Cenderahati pakej akan diposkan melalui kurier Ninjavan selepas tempahan diproses dan diagihkan dalam tempoh 3-14 hari dari tarikh penyertaan.
3. Hadiah dan promosi bergantung kepada stok sedia ada dan boleh ditukar tanpa sebarang notis.
4. Jika berlaku pertukaran promosi, Qurbani akan menggantikan dengan nilai yang setara.
5. Promosi sah untuk penyertaan qurban/aqiqah tahun 2023 sahaja.

SOALAN MENARIK PESERTA TERDAHULU..

  1. Nama pendaftar : Individu yang mewakili nama-nama peserta yang melaksanakan ibadah. Pendaftar tidak semestinya seorang peserta.
  2. No.Telefon : Diperlukan untuk pembayaran atas talian, notifikasi SMS dan akan dihubungi untuk panggilan akad.
  3. Emel : Diperlukan untuk pembayaran atas talian dan servis notifikasi.
  4. Nama peserta (1-7) : Hanya satu nama untuk setiap kuantiti .
    Maksimum 7 kuantiti dalam satu tempahan.
  5. Alamat : Parcel yang mengandungi cendera mata didalam pakej serta sijil penyertaan akan diposkan ke alamat yang didaftarkan.
  1. Qurban : Pelaksanaan pada hari tasyrik (10-13 Zulhijjah). Lokasi dan tarikh/masa pelaksanaan ditetapkan oleh Pihak Qurbani.
  2. Aqiqah : Sila tetapkan tarikh pelaksanaan (minima 7 hari selepas tarikh pendaftaran). Sila hubungi pegawai khidmat jika anda perlukan tarikh lebih awal. Tarikh pelaksanaan mungkin berubah mengikut keadaan. Tempahan dalam musim Aidiladha akan dilaksanakan semasa hari Tasyrik. Lokasi ditetapkan oleh pihak Qurbani.
  3. Nazar : Waktu pelakasanaan seperti ibadah qurban/aqiqah. Lokasi ditetapkan pihak Qurbani.

Setiap satu nama peserta mewakili satu bahagian atau ekor haiwan yang didaftarkan.

Jika anda ingin mendaftar satu ekor lembu untuk 7 ahli keluarga anda, Sila pilih lembu (per bahagian) dan 7 kuantiti. 7 ruang nama peserta akan disediakan.

Jika anda memilih Lembu (per ekor) dan kuantiti 1, hanya 1 ruang nama disediakan. Bagaimanapun, anda boleh juga mengisi nama keluarga sebagai wakil ibadah yang ingin anda daftarkan. 

Borang pendaftaran ini hanya menerima kaedah pembayaran secara Online FPX melalui bank-bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian. Untuk kaedah pembayaran lain :

1.  Kad Debit/Kredit : Ditutup buat sementara waktu.
2. e-wallet(TnG/Paypal/Boost/Grab) : Ditutup buat sementara waktu.
3. Pindahan Bank : Sila hubungi pegawai kami.
4. Cek / Tunai : Sila hadir ke pejabat urusan kami untuk pendaftaran secara bersemuka.
5. Skim ansuran Qurbani: Sila hubungi pegawai kami.

No.Akaun bank rasmi : Qurbani Sdn. Bhd. (1356637-H)

562487423499 (MAYBANK)

8010307839 (CIMB Bank)

Rujuk halaman terima kasih (dibawa secara automatik selepas bayaran selesai dibuat. Jangan tutup browser anda) untuk ringkasan tempahan dan video panduan niat serta akad yang dipimpin Ustaz Shahrizan Daud At-Turabbi.

Pautan panduan ini juga akan dihantar melalui Whatsapp serta emel anda untuk rujukan akan datang.

Anda akan menerima panggilan telefon untuk tujuan pengesahan maklumat dan akad bersama pegawai kami dalam tempoh 3-7 hari dari tarikh tempahan. Kami mungkin tidak membuat panggilan ketika musim jumlah tempahan yang tinggi.

Anda akan menerima email, SMS atau whatsapp yang mengandungi pautan (link) khas untuk tempahan anda. Status pengurusan serta pelaksanaan ibadah anda akan dikemaskini dalam masa sebenar (real time).

Kami juga akan menghantar notifikasi SMS/Whatsapp secara automatik untuk setiap langkah penting sepanjang tempahan anda diurus serta dilaksanakan.

Masa dan lokasi pelaksanaan ibadah anda ditetapkan oleh pihak Qurbani. Pemilihan negara oleh peserta tidak dibenarkan. Selepas ibadah selesai dilaksanakan, maklumat anda akan disimpan untuk tujuan audit dan pengurusan.

Gambar pelaksanaan secara individu tidak disediakan (kecuali Aqiqah) kerana jumlah tempahan yang tinggi (bergantung kepada tempat pelaksanaan)

Parcel yang mengandungi sijil penyertaan (1 sijil untuk setiap nama peserta) serta saguhati pakej (hadiah mengikut pakej yang didaftarkan) akan dihantar kepada alamat yang telah didaftarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyertaan bergantung kepada terma & syarat.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier NinjaVan untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja.Kos penghantaran adalah PERCUMA. Kos penghantaran diluar kawasan perlu ditanggung oleh anda. 

Parcel yang tidak berjaya dihantar atau tidak dituntut akan dikembalikan kepada Qurbani. Kos penghantaran kali ke-2 perlu ditanggung oleh pendaftar.

Berhati - hati dengan pemalsuan jenama

Qurbani tidak pernah melantik mana - mana wakil yang menerima wang tempahan melalui akaun peribadi. Pastikan anda mengelakkan diri dari mangsa sindiket penipuan dengan Memastikan nama syarikat dan no akaun rasmi yang dinyatakan sebelum Membuat pembayaran. Sila laporkan kepada kami sekiranya anda kenal individu atau akaun laman sosial individu terbabit.

Qurbani Sdn. Bhd (1356637-H)

20-3 Petaling Utama Avenue Jalan PJS 1/50 Taman Petaling Utama 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Tel : +6011 - 6387 2831

Laman Sosial Qurbani

Ikuti perkembangan semasa kami laman media sosial pilihan anda

Hak Cipta © 2023 Qurbani. Hak Cipta Terpelihara. Qurbani Sdn. Bhd (1356637-H)